Weight: 40g
Kacangma atau nama saintifiknya Leonurus sibiricus L. adalah herba istimewa yang terkenal di kalangan masyarakat Cina Sarawak dengan perubatannya. Herba Kacangma dimasak dengan ayam dan hidangan ini biasanya terdapat di gerai makanan di Sarawak. Bungkusan Kacangma ini mengandungi herba Kacangma kering yang tulin dan terpilih. lanya boleh digunakan terus untuk dimasak bersama ayam atau daging.
Menu ayam masak kacang ma
Bahan-Bahan:
• 500 gm ayam
• 1 paket daun kacang ma
• 200 gm halia
• Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Gorengkan daun kacang ma tanpa minyak sehingga kekuningan. Tumbuk daun kacang ma tersebut.
2. Halia ditumbuk halus dan perahkan air halia untuk perapan ayam. Selepas itu halia digoreng tanpa minyak.
3. Masukkan ayam ke dalam halia yang digoreng tadi bersama dengan air perahan halia tadi, biarkan sampai mendidih.
4. Akhir sekali masukkan daun kacang ma yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Masukkan sedikit garam untuk perasa.
5. Tunggu sehingga sedikit kering dan hidangan anda telah sedia untuk dimakan.
×
×