Net Weight :45g
Brand : BORCO
Borco dicipta melalui inspirasi Hutan HIjau citarasa Borneo dari kepelbagaian ramuan tulen berdasarkan mitos dan legenda etnik kepulauan Borneo.
Setiap perisa dalam coklat BORCO mewakili kegemaran eksotik suku kaum di Borneo.
Menikmati Borco tentunya menghayati semangat Borneo, pengalaman kepahlawanan, antik, mesra dan misteri.
1. BORCO COKLAT TERUNG ASAM
Ramuan: Mentega Koko, Mass Koko , Susu Skim, Pengemulsi (Lasitin Soya), Lemak Susu, Barli, Perisa Vanilla Semulajadi,dan Terung Asam
Menu harian tempatan dari buah sayuran masam manis, pembekal sumber mineral semulajadi dengan rasa yang seolah-oleh kismis.
2. BORCO Coklat Empelajo
Ramuan: Mentega Koko, Mass Koko , Susu Skim, Pengemulsi (Lasitin Soya), Lemak Susu, Perisa Vanilla Semulajadi Badam dan Buah Empelajo.
Dari sumber kayu hutan di dataran tinggi Borneo yang bermusim, pastinya buah Empelajo/Empit, adalah spesis kekacang berupa almond. Terkenal sebagai kudapan masyarakat pendalaman.
3. BORCO Coklat Rajah White (Beras Wangi Lingga & Kelapa Pandan)
Ramuan: Beras, Mentega Koko, Mass Koko , Susu Skim, Pengemulsi (Lasitin Soya), Lemak Susu, Barli, dan Perisa Vanilla Semulajadi
Gabungan coklat, beras wangi Lingga, dan kelapa pandan mencipta satu kombinasi rasa yang sangat menarik dan berbeza, membawa pelbagai lapisan rasa yang harmonis dan eksotik. Setiap bahan dalam gabungan ini mempunyai karakter yang tersendiri, dan apabila digabungkan, ia menghasilkan sesuatu yang istimewa.
4. BORCO Coklat Local Prince
Ramuan: Beras Bario, Mentega Koko, Mass Koko , Susu Skim, Pengemulsi (Lasitin Soya), Lemak Susu, Barli, dan Perisa Vanilla Semulajadi
Gabungan coklat dan beras hitam Bario menghasilkan satu perisa yang unik dan kaya, mencipta harmoni antara rasa manis, berkrim, dan tekstur yang lebih berisi serta rasa yang sedikit lebih earthy dan berasap
5. BORCO Coklat Koko Susu
Ramuan: Mentega Koko, Mass Koko , Susu Skim, Pengemulsi (Lasitin Soya), Lemak Susu, Perisa Vanilla Semulajadi, Gula Apong, Garam Bukit & Susu Koko
Gabungan rasa coklat, garam bukit, dan gula apong menghasilkan sebuah perisa yang unik dan menarik, yang memadukan rasa manis, masin, dan sedikit kelazatan yang lebih kompleks
Coklat dari kepulauan Borneo dicipta menggunakan hasil asli bumi Borneo dari ramuan herba pergunungan hingga buah bermusin di dataran, juga garam dari kawasan bukit, gula dari tanah berpaya, benih padi huma hinggalah tinggalan sejarah mitos dan leganda.
Semuanya menyatu dalam rasa, reka dan ketrampilan Borco.